Ahad, 15 Februari 2015

Selasa, 2 Oktober 2012













Sekitar aktiviti-aktiviti yang aku jalankan di sekolah sempena Program Selepas UPSR 2012....

Jumaat, 30 September 2011

LOVE IS WHERE......

LOVE HAS NOTHING TO DO WITH WHAT YOU'RE EXPECTING TO GET,   IT'S WHAT YOU ARE EXPECTRD TO GIVE.....WHICH IS EVERYTHING....

LOVE IS WHERE......

if someone wants to be a part of ur life...they'll make an effort to be in it...so don't bother reserving a space in ur heart for someone who doesn't make an effort to STAY in ur heart.....

Isnin, 8 Ogos 2011

PENGHULU ISTIGHFAR....

Sama2 lah kita mengamalkannya.....
maksudnya  :
Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

4 FOKUS UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN

1. BERUSAHA MERAIH TAQWA & MENDAPATKAN KEAMPUNAN



    Ada banyak cara untuk meraih taqwa dan keampunan...antaranya  :
   
    ( i ).  Menunaikan yang wajib (dengan sempurna ..bukan dengan cincai2 jerrrr).
    ( ii ). Memperbanyakkan yang sunat ( cuba buat apa saja amalan sunat sebanyak dan sebaik mungkin )












2. MEMPERBANYAKKAN BACAAN AL-QURAN

     Firman Allah yang menyebut bahawa Al Quran diturunkan pada bulan Ramadhan ini sebagai







petunjuk dan pembeza di antara yang haq dan yang batil. Al Quran adalah formula yang paling berkesan untuk berjaya  sebagai orang ertaqwa dan selamat dunia akhirat.
    Fokuslah kepada pembacaan Al Quran. Lipat gandakan pembacaan Al-Quran berbanding bulan2 biasa. Kalau bulan2 lain kita baca 1 mukasurat...dalam bulan Ramadhan nie eloklah kita tambah2kan bacaan kita. Target sekurang2nya kita khatam 1 kali dalam bulan Ramadhan.

3. ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA2 YANG MENGIKIS PAHALA RAMADHAN
     Cuba elakkan seboleh mungkin perkara2 yang  tidak bermanfaat dan sia2. Elakkan sama sekali perkara2 yang  boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan. Antaranya :
     * Bercakap kotor
     * Berbohong
     * Mencarut
     * Melakukan perbuatan jahat dan keji

     * Mengutuk orang
     * Mengumpat....dan banyak lagi.....
4. MEMPERBANYAKKAN MELAKUKAN  PERKARA2 YANG MENAMBAH PAHALA & MERAIH REDHA ALLAH
     Cuba buat apa saja perkara baik diniatkan semata2 meraih redha Allah. Antaranya :
      * sentiasa bermanis muka ( senyum sokmo...)
      * bersedekah
      * menolong orang yang memerlukan bantuan kita
      * memberi nasihat @ kata2 nasihat ps org lain..
      * mendengar perkara yang baik...& banyak lagi.....

Sabtu, 12 Mac 2011

AL KISAH TENTANG RAHSIA BUNYI HON....

Percaya atau tidak...

Tahukah anda bahawa bunyi hon tu ada maksud disebaliknya?

Saya bongkarkan setiap bunyi hon tu ada maksud tertentu disebaliknya....He..He..He..
Enjoy ye....!!!!!

*  1 kali HON PENDEK - pemandu tu nak cakap "HAI"....

*  2 kali HON PENDEK - pemandu tu nak cakap "TERIMAKASIH" atau "JUMPA LAGI"..

*  3 kali HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan cepat skit.. (biasanya kat traffic
    light ..time tengah hijau..tak reti-reti nak jalan ).

*  1 kali HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dia orang memandu cara
    merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

*  2 kali HON PANJANG - pemandu tu marah.."HOI....BODOH X DER OTAK KER?"

*  4 kali atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

     TIIIILAM..TIILAM...TILAM LAMA TUKAR BARU ..TIIILAAAAM...TIIILAAAM..!!

Ada faham ??? Hon yang terakhir tu hon si apek yang jual tilam daaaaa.......hehehehe.....!!!!!

LAWAK...LAWAK....HEHEHE..!!!!

LELAKI KAWIN 3 BARU OK ?

Seorang suami sedang mencari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..
Berikut adalah perbualan antara si suami dengan si isteri  :

Suami  :  lelaki kawin 3 baru SAH.

Isteri   :  Kenapa pula?

Suami  :  Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris .. "satu" is "one".."dua" is    
                "two".."tiga" is "three"(isteri)..Haa..baru betul dan SAH..

Isteri   :  Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris terutama tentang "singular" dan
               "plural" .

Suami  :  Berkenaan apa tu ?

Isteri   :  Satu tu kan "singular "..dua atau lebih tu kan "plural"..

Suami  :  Contohnya ?

Isteri   :  Kalau sebuah kereta ia adalah singular..Kita cakap.."One car"..Kalau 2 kereta jadi " Two carS"..sebagai plural. Nampak tak bezanya?

Suami  :  oohhhhh...tambah huruf  "s" untuk plural kan?

Isteri   :  Betul tu. Pandai abang..so, sama jugalah untuk abang..

Suami  :  macam mana pulak boleh sama ?

Isteri   :  Satu isteri adalah singular..jadi abang MAMPU..kalau dua isteri dah jadi plural bang.
               Maka tambahkan aje "S". Abang MAMPUS laa kalau nak dua atau lebih dari 1 isteri.
               
Selepas dari perbualan itu..si suami tidak pernah lagi menceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya....KAH..KAH..KAH !!! Lawak...lawak !!! HE..HE..HE..Baru padan muka ..kena dek akal bini...!!!!!

10 TIPA BAGAIMANA MENJADI PASANGAN YANG TERBAIK...

1.  TERIMA SEADANYA..
     Jangan cuba mengubah pasangan mengikut kemahuan diri . Ingat pasangan yang kita kahwini atau yang kita cintai..itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan ..kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan keburukan dan kekurangan dirinya.

2.  BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA..
     Jangan selalu mebuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan anda untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang ingin didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

3.  AKTIVITI BERSAMA..
     Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu merupakan petanda yang tidak baik .

4.  TUNJUKKAN CINTA ANDA..
     Setelah berumahtangga..ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata.."Sudah kahwin..buat apa nak romantik lagi?". Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta yang berterusan terhadap pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5.  KAWAL PERASAAN..
     Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda..cubalah bertenang dan bertanya pada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Pasangan akan menghargai jika akan bersikap lebih tenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6.  JANGAN UNGKIT KISAH LALU..
     Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tiada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan yang pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali terjadinya pergaduhan.

7.  KURANGKAN RASA CEMBURU
     Setiap individu tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan..patut dielakkan kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri . Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8.  JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN..
     Elakkan membuat janji yang tak mampu dipenuhi. Jika berlaku..ianya akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen..maka bersiap-sedialah untuk merasa kehilangannya. 

9.  JUJUR..
     Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sesebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terhadap pasangan . Jika terluka..katakan bahawa anda terluka.Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10.  BERIKAN LAYANAN TERBAIK SEPANJANG HIDUP..
       Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpin tangan..pimpinlah tangan pasangan selepas berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

Jumaat, 18 Februari 2011

5 TIPS YANG BAGUS UNTUK KERJAYA DAN JUGA PERNIAGAAN..

1. Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.
   
    Contoh...kalau pendapatan kita RM3k sebulan..buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan..kalau projek client RM10k sebulan...buat seperti kita dibayar RM13k sebulan..Tak kira dlm perniagaan atau karier....bila kita lakukan lebih..tentu kita akan dapat lebih akan datang !!

2. Cari ilmu baru setiap hari.

     Sekiranya kita tak mencari ilmu-ilmu baru.., kita mungkin tak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada , sekiranya masih belum mencapai kejayaan yang diinginkan..bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kejayaan sebagaimana yang kita idam-idamkan...

3. Belajar promosi / tonjolkan kebolehan diri....
   
    Kalau kita mempunyai satu kebolehan..tapi tak pandai promosi atau tonjolkan diri atau tak pandai komunikasi untuk tonjolkan kebolehan itu..maka kita sendiri yang rugi..!! Skil promosi diri atau komunikasi adalah penting di dalam karier mahupun perniagaan..!!

4. Percaya dan yakin dengan idea sendiri....

    Sekiranya kita ada idea, dan orang lain tak nampak kehebatan idea tersebut..bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain..Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.

5. Kurangkan stress....

    Stress merupakan punca kepada banyak penyakit !! Apa yang menyebabkan stress adalah RESPONS kita terhadap sesuatu situasi..so..bersabarlah...kan SABAR tu separuh daripada iman ..?

Ahad, 23 Januari 2011

5 TIPS KEWANGAN YANG BAGUS...

1.  Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat , tetapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan ! Ramai 'orang kaya' hidup begini !!

2.  Bagi yang dah berkeluarga..pengurusan wang adalah tanggungjawab semua..suami..isteri & anak-anak. Kalau nada bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai..bocor juga !! Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak daripada umur yang muda. Galakkan mereka menabung dan hargai wang yang diberi.

3.  Awal tahun kita sering ada matlamat kewangan. Seperti pendapatan bertambah 30% atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus kepada berapa banyak yang kita nak DAPAT. Tetapi jangan lupa...kita juga kena letak matlamat berapa banyka yang kita nak JIMAT !! Kerana kalau banyak kita DAPAT...tapi tak banyak yang kita JIMAT...maka tak guna juga !!!

4.  Apa saja yang tak diingini terjadi..yakin bahawa ada hikmah disebaliknya ! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki..terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain..!! Don't worry...Rezeki Allah yang beri ! Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal sahaja....

5.  Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dahulu..denga simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3 - 6 bulan. Kemudian baru fikirkan nak melabur..atau nak mulakan perniagaan..atau beli barangan besar seperti kereta dan rumah baru. Nama pun simpanan kecemasan....kalau takde memang bahaya untuk diri...!!!!

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( IV )

5.  ALLAH SAHAJA PENOLONG KITA

      Kita wajib meyakini bahawa...walau seluruh manusia, jin dan semua makhlukdi atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun..ketetapan Allah tetap berlaku. Semua usaha pasti tak akan memnuahkan hasil jika Allah tidak mengizinkannya...
      Hati kta mesti bulat yakin sepenuhnya..bahawa hanya Allahlah satu-asatunya yang dapat menolong dan memberi jalan ke;uar yang terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya...
      Maka kita harus bermunajat..dan berusaha untuk menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Pohonlah  hidayah dan kekuatan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengahrap kepada makhluk dan selain daripada Allah.

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( III )

4.  PASTI ADA HIKMAH

      Segala apa yang terjadi..samaada baik atau buruk..terjadi hanya keran izin dan kehendak Allah S.W.T. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
      Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit manapun derita yang kita tanggung , pasti ada kebaikkan yang terkandung di dalamnya jika kita hadapi dengan sabar dan redha.
      Cuba kita bermuhasabah diri kita.....kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita? Setidak-tidaknya ia adalah peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang telah kita lakukan.Atau mungkin Allah mahu mengangkat darjat dan kedudukan kita disisiNya....
      Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun..daris etiap ujian yang menimpa..sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah-laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang pernah kita lakukan . Yang penting kita mesti berazam bersungguh-sungguh untuk meperbaiki segala kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri....bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.....

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( II )

3.  INGAT JANJI ALLAH

      Meyakini bahawa hidup ini bagaikan siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus-menerus....dan tak mungkin juga malam terus-menerus...Pasti setiap kesenangan ada penghujungnya..begitulah masalah yang menimpa kita..pasti ada akhirnya...Kita harus sabar dan tabah menghadapinya.
      Ujian yang diturunkan Allah kepada kita ..pasti telah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu ..melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya...
      Ingatlah bahawa segala fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya kan menyulitkan dan mensengsarakan diri kita sahaja. Pujuklah hati agar tidak menekan diri sendiri ... Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang..tabah dan sabar.
      Kita harus berani menghadapi karenah masalah ..ujian demi ujian..kita tak boleh lari dari kenyataan..kerana ianya tak akan dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi malah turut menambahkan lagi masalah kita.
      Jadi..apa yang berlaku harus kita hadapi dengan baik..Kita tak boleh mudah menyerah..kita tak boleh menyerah kalah.....Seberat manpun ujian Allah kepada kita...ingatlah dan yakinlah dengan janji Allah...:  "Fa innama'al usri yusran..inna ma'al usri yusran.."Maka sesungguhnya kesulitan itu pasti ada kemudahan...dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan..

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( I )

1.  DUNIA INI SEMENTARA..ALLAH JUA PENENTU SEGALANYA..
     Sentiasa menyedari bahawa hidup ini hanyalah sementara dan permainan sahaja . Kita hidup di dunia ini hanya sekali..maka dengan itu kita tidak boleh mensia-siakannya dengan dengansesuatu yang tidak bermakna.
    Ikhtiar desertai dengan niat yang sempurna ..itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi..kita sepatutnya menyerahkan kepada Dia Yang Maha Esa Lagi Maha Mengetahui agar menetukan yang terbaik buat kita. Kita juga harus sedar bahawa segala yang terbaik pada pandangan kita ..belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah S.W.T.
    Pengetahuan kita tentang diri kita mahupun tentang apapun jua...amatlah terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah S.W.T. mengatasi segala-galanya. 
    Ingatlah bahawa Allah S.W.T itu adalah Maha Adil Lagi Bijaksana.....

2.  REDHA

      Realiti hidup yang terjadi pada kita..kita harus terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani...Emosional..sakit hati..tertekan..ataupun apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi  kecewa dan sengsara..harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa..samaada kita kecewa atau tertekan atau tidak gembira..atau kita tidak tertekan dan gembira..ia tetap begitu jadinya....
      Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Pahit kita telan...manis pun kita telan.Nikmatilah pahit manis itu seadanya...

Jumaat, 7 Januari 2011

DIA CINTA PERTAMAKU......(KEKASIH ABADI DI HATIKU SELAMANYA..)


Dia cinta pertamaku....
Dia banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya
Aku mengerti apa sebenarnya kesabaran dalam kehidupan
Aku mengerti apa sebenarnya nilai kasih sayang dalam perhubungan
Aku tahu semuanya...hanya dari dia

Dia pasangan hidupku yang pertama
Dan ku berharap dia juga yang terakhir
Dia terlalu baik untukku...sanggup berkorban
segalanya demiku....

Aku dan dia menyelami percintaan
mengharungi segala rintangan
menanggung semua kebahgiaan dan kesedihan..bersama
namun.....
jarak memisahkan aku dan dia....
bak kata orang...cinta jarak jauh sememangnya
penuh dugaan dan rintihan

Tapi....
berbekalkan keyakinan...kesetiaan & kepercayaan
yang aku berikan terhadapnya....
aku percaya....
cinta kami tetap utuh..tetap mekar..tetap indah

Doaku cuma satu....
moga cinta ini kekal abadi selamanya..
kerana....

HANYA KAU YANG KU SAYANGI SELAMA-LAMANYA...

Selasa, 4 Januari 2011

11 TANDA KEBAHAGIAAN HIDUP....

Baca 11 tanda kebahagiaan hidup di bawah ini....dan nilailah diri kita dan hanya kita mempunyai jawapannya...

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tak memberikan manfaat Akhirat dan suka pada urusan Akhirat.

2.  Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah S.W.T.

3.  Tidak bercakap dengann perkara yang tidak memberikan faedah.

4.  Memelihara solat 5 waktu.

5.  Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6.  Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.

7.  Merendah diri dan tidak takabbur.

8.  Bersifat dermawan dan bersifat mulia.

9.  Mempunyai sikap belas kasihan sesama makhluk Allah S.W.T.

10.  Membuat jasa dan bakti terhadap orang lain.

11.  Sentiasa mengingati MATI.......


TAHUN BARU....APAKAH ADA AZAM BARU BUATKU??


YA ALLAH ..YA TUHANKU
TAHUN BARU MENJELMA JUA..
AKU MERAPAT DAN MENADAH TANGANKU
KE HADRATMU YA ALLAH...
TANDA SYUKURKU..
KE ATAS PELUANG YANG KAU BERIKAN..
KE ATAS RAHMAT YANG KAU LIMPAHKAN
YANG MEMBAWA AKU MENEMPUH
TAHUN DEMI TAHUN..

YA ALLAH.. YA TUHANKU
AKU BERSUJUD KEPADAMU..
TANDAKU BERSYUKUR
TANDAKU BERTERIMAKASIH
PADAMU...YA ALLAH !!

YA ALLAH....
AKU MEMOHON PADAMU...
TERUS MEMBERIKU PELUANG
TERUSKAN MERAHMATI HIDUPKU
AGAR AKU
DAPAT MENGHAMBAKAN DIRI INI
UNTUKMU YA ALLAH !!

YA ALLAH....
APAKAH ADA PELUANG ITU BUATKU?
APAKAH ADA RAHMATMU BUATKU?

APAKAH ADA AZAM BARU BUATKU????

Selasa, 14 Disember 2010

LOVE MESSAGES...

A candle may melt and it's fire may die, but the love you have given me will always stay as a flame in my heart.

Everyday away from you, tears could fill an ocean blue. Please don't turn away from all those dreams that we once knew.

When all seems lost and lonely for you 

And you dont really know what to do

Look inside your heart and see

There in a special place, I will be
 

LOVE MESSAGES...

Late at night when all the world is sleeping I stay up thinking of you and I wish on a star that wherever you are, you are thinking about me too.

 I hide my tears when I say your name but the pain in my heart is still the same. Although I smile and seem care free. There is only one who misses you more than any one else.

If the only place that I can meet you is in my dream, I don’t want to wake up anymore.

I was never tired of this life and its not gonna matter if I fall down twice because I know each time I fall, you won't let me hit the ground.