Jumaat, 18 Februari 2011

5 TIPS YANG BAGUS UNTUK KERJAYA DAN JUGA PERNIAGAAN..

1. Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.
   
    Contoh...kalau pendapatan kita RM3k sebulan..buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan..kalau projek client RM10k sebulan...buat seperti kita dibayar RM13k sebulan..Tak kira dlm perniagaan atau karier....bila kita lakukan lebih..tentu kita akan dapat lebih akan datang !!

2. Cari ilmu baru setiap hari.

     Sekiranya kita tak mencari ilmu-ilmu baru.., kita mungkin tak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada , sekiranya masih belum mencapai kejayaan yang diinginkan..bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kejayaan sebagaimana yang kita idam-idamkan...

3. Belajar promosi / tonjolkan kebolehan diri....
   
    Kalau kita mempunyai satu kebolehan..tapi tak pandai promosi atau tonjolkan diri atau tak pandai komunikasi untuk tonjolkan kebolehan itu..maka kita sendiri yang rugi..!! Skil promosi diri atau komunikasi adalah penting di dalam karier mahupun perniagaan..!!

4. Percaya dan yakin dengan idea sendiri....

    Sekiranya kita ada idea, dan orang lain tak nampak kehebatan idea tersebut..bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain..Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.

5. Kurangkan stress....

    Stress merupakan punca kepada banyak penyakit !! Apa yang menyebabkan stress adalah RESPONS kita terhadap sesuatu situasi..so..bersabarlah...kan SABAR tu separuh daripada iman ..?