Sabtu, 12 Mac 2011

10 TIPA BAGAIMANA MENJADI PASANGAN YANG TERBAIK...

1.  TERIMA SEADANYA..
     Jangan cuba mengubah pasangan mengikut kemahuan diri . Ingat pasangan yang kita kahwini atau yang kita cintai..itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan ..kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan keburukan dan kekurangan dirinya.

2.  BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA..
     Jangan selalu mebuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan anda untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang ingin didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

3.  AKTIVITI BERSAMA..
     Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu merupakan petanda yang tidak baik .

4.  TUNJUKKAN CINTA ANDA..
     Setelah berumahtangga..ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata.."Sudah kahwin..buat apa nak romantik lagi?". Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta yang berterusan terhadap pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5.  KAWAL PERASAAN..
     Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda..cubalah bertenang dan bertanya pada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan. Pasangan akan menghargai jika akan bersikap lebih tenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6.  JANGAN UNGKIT KISAH LALU..
     Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tiada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan yang pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali terjadinya pergaduhan.

7.  KURANGKAN RASA CEMBURU
     Setiap individu tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan..patut dielakkan kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri . Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8.  JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN..
     Elakkan membuat janji yang tak mampu dipenuhi. Jika berlaku..ianya akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen..maka bersiap-sedialah untuk merasa kehilangannya. 

9.  JUJUR..
     Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sesebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkapkan perasaan terhadap pasangan . Jika terluka..katakan bahawa anda terluka.Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10.  BERIKAN LAYANAN TERBAIK SEPANJANG HIDUP..
       Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpin tangan..pimpinlah tangan pasangan selepas berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan