Selasa, 14 Disember 2010

LOVE MESSAGES...

A candle may melt and it's fire may die, but the love you have given me will always stay as a flame in my heart.

Everyday away from you, tears could fill an ocean blue. Please don't turn away from all those dreams that we once knew.

When all seems lost and lonely for you 

And you dont really know what to do

Look inside your heart and see

There in a special place, I will be
 

LOVE MESSAGES...

Late at night when all the world is sleeping I stay up thinking of you and I wish on a star that wherever you are, you are thinking about me too.

 I hide my tears when I say your name but the pain in my heart is still the same. Although I smile and seem care free. There is only one who misses you more than any one else.

If the only place that I can meet you is in my dream, I don’t want to wake up anymore.

I was never tired of this life and its not gonna matter if I fall down twice because I know each time I fall, you won't let me hit the ground.


Ahad, 12 Disember 2010

CANTIK NYERRRRR....GERAM NYER AKUUUU !!!!!

 Haaaa......geram nyer akuuuuu !!!! Antara bunga-bunga kesukaan aku...!!! Foto-foto nie sempat aku amik ms gi joging kat Taman Rekreasi Air Keroh, Ahad lalu...!!

Cantik kan? Nak beli memang arrrr...teringin sangat2...tapi aku x reti nak jaga....huhuhu!!!!!



FUHHHHH..LAPAR NYERRRR....



Uishhhh...lapar nyer..!!!! Foto kat atas adalah apa yg aku makan pagi Ahad lepas gi joging kat Taman Rekreasi Air Keroh...!!! Macam mana nak kurus......??? Melantak plak lepas joging.....!!! Hehehe.....!!!!

Jumaat, 10 Disember 2010

TIPS V

5.  Tetapkan Tujuan Dan Impian

      Jika kita tidak mempunyai sasaran, kita tidak akan ke mana-mana. Kita akan jadi, pi mai pi mai tang tu..

      Kita mesti mempunyai matlamat atau sasaran yang jelas. Kita perlu tahu ke mana destinasi kita dan apa yang kita inginkan cepat. Berusahalah untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian kita.

Kita mesti mempunyai sasaran atau matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Matlamat kita mesti jelas dan teliti. Kita mesti mempunyai pelan tindakan kepada setiap matlamat kita. Kita pecahkan matlamat kita menjadi kecil dan boleh dicapai supaya senang untuk kita fokus pada tindakan.

TIPS IV

4.  Tuliskan apa yang difikirkan

      Tidak kiralah, sebaik manapun otak atau memori yang kita miliki, kita tak boleh take for granted . Mengapa perlu mengambil risiko terlupa sesuatu yang penting ?

Tuliskanlah perkara yang ada difikirkan supaya membantu melegakan otak atau minda yang penuh dengan informasi.

TIPS III

3.  Tukar Paradigma


Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu diingatkan dan dipesan "Belajar pandai-pandai supaya besar nanti dapat kerja yang baik".

Bukanlah pesanan itu tak betul. Cuma...kita mesti menjadi orang yang lebih terbuka dan berwawasan tinggi. Dalam dunia global dan penuh mencabar sekarang...gaya pemikiran begitu sudah agak ketinggalan.

Orang belajar sekarang ini bukan untuk mendapat kerja (makan gaji) yang baik. Sebaliknya, gaya pemikiran usahawan dan cendekiawan perlu ditanam pada jiwa anak-anak sedari kecil.

Maka....marilah kita ubah paradigma dan gaya pemikiran kita menjadi lebih terbuka, global dan berdaya saing.

TIPS II

2.  Ambil tindakan

Ini merupakan satu perkara yang paling kritikal dan paling penting dalam membezakan orang berjaya dengan orang gagal.

Ada ramai orang mempunyai idea-idea yang baik dan mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang idea atau cadangan tersebut. Mereka seronok bercerita kepada orang itu dan orang ini. Tapi sayang, dalam keghairahan mereka berkongsi idea dan cerita itu, mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Sehinggalah cerita mereka itu menjadi senyap begitu saja tanpa sebarangf tindakan. Mereka inilah orang-orang yang gagal dan rugi.

Jika kita mempunyai banyak idea atau cadangan yang bagus..itu tak mengapa. Tetapi yang terlebih pentingnya ialah TINDAKAN. Kita mesti mengambil tindakan. Yang penting sekarang ialah JUST DO IT ! LAKUKAN SAJA !!!!

5 TIPS UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

1. Sikap
        Sikap adalah satu faktor penentu kejayaan dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Albert Einstein mengatakan bahawa sikap merupakan 99% penentu kepada kejayaan atau kegagalan seseorang. Jika ingin memperoleh kejayaan, pertamanya mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa jua perkara yang anda lakukan.    Ketika sedang berehat, hendak melelapkan mata atau bekerja - apa juga yang dilakukan , anda mestilah ditanamkan sikap positif. Apabila suatu pekara tidak menjadi seperti yang diharapkan , kita seharusnya terus bersikap positif.    Jika anda bersikap positif, semua perkara yang dilakukan akan menjad lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka untuk melakukannya, jangan biarkan sikap negatif menguasai diri. Cuba lakukan perkara tersebut dan fikirkan " Saya akan buat kerja ini sampai habis kemudian selepas ini saya akan buat kerja yang saya suka !"

Selasa, 7 Disember 2010

ADA APA DENGAN CINTA..? (2)

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata
seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa
kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu
sahaja."
Cinta sejati adalah ketika
dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku
turut bahagia untukmu.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu
dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

ADA APA DENGAN CINTA...?

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa
memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah
membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian
membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Sabtu, 4 Disember 2010

TAZKIRAH BAGI HATI (III)

  • Kita suka bila kita dipercayai....
  • Kita suka bila kita dihargai....
  • Kita suka bila kita dihormati....
  • Kita suka bila kita dikasihi....
  • Kita suka bila kita difahami....
  • Kita suka bila kita disayangi....
  • Kita suka bila kita dipuji....
TETAPI..... kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta & Pentadbir alam ini ??

Kita juga sangat suka bila kita dicintai , tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati...Allah Yang Maha Mengasihani ?

Kenapa kita jadi begini ?? Ketuklah hati.. tanyalah diri..koreksi peribadi . Salah orang lain.. atau diri sendiri?????

TAZKIRAH BAGI HATI (II)

  • Kalau kita ingin dihormati , Kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu
  • Kalau kita ingin dihargai ,  kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain
  • Kalau kita ingin difahami , kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain
  • Kalau kita ingin dikasihi , kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain
  • Kita kita ingin disayangi , kita juga mesti belajar untuk menyayangi orang lain

TAZKIRAH BAGI HATI

  • Kita bila kita di percayai , tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
  • Kita suka bila kita disanjungi , tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
  • Kita tidak suka dicaci , tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
  • Kita tidak suka dikhianati , tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
  • Kita tidak suka dibenci , tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?
  • Kita tidak suka disakiti , tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
  • Kita tidak suka dipersalah , tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
  • Kita tidak suka mengkritik , tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
  • Kita tidak suka hak kita dirampas , tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain ?