Ahad, 23 Januari 2011

5 TIPS KEWANGAN YANG BAGUS...

1.  Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat , tetapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan ! Ramai 'orang kaya' hidup begini !!

2.  Bagi yang dah berkeluarga..pengurusan wang adalah tanggungjawab semua..suami..isteri & anak-anak. Kalau nada bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai..bocor juga !! Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak daripada umur yang muda. Galakkan mereka menabung dan hargai wang yang diberi.

3.  Awal tahun kita sering ada matlamat kewangan. Seperti pendapatan bertambah 30% atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus kepada berapa banyak yang kita nak DAPAT. Tetapi jangan lupa...kita juga kena letak matlamat berapa banyka yang kita nak JIMAT !! Kerana kalau banyak kita DAPAT...tapi tak banyak yang kita JIMAT...maka tak guna juga !!!

4.  Apa saja yang tak diingini terjadi..yakin bahawa ada hikmah disebaliknya ! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki..terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain..!! Don't worry...Rezeki Allah yang beri ! Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal sahaja....

5.  Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dahulu..denga simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3 - 6 bulan. Kemudian baru fikirkan nak melabur..atau nak mulakan perniagaan..atau beli barangan besar seperti kereta dan rumah baru. Nama pun simpanan kecemasan....kalau takde memang bahaya untuk diri...!!!!

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( IV )

5.  ALLAH SAHAJA PENOLONG KITA

      Kita wajib meyakini bahawa...walau seluruh manusia, jin dan semua makhlukdi atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun..ketetapan Allah tetap berlaku. Semua usaha pasti tak akan memnuahkan hasil jika Allah tidak mengizinkannya...
      Hati kta mesti bulat yakin sepenuhnya..bahawa hanya Allahlah satu-asatunya yang dapat menolong dan memberi jalan ke;uar yang terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya...
      Maka kita harus bermunajat..dan berusaha untuk menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Pohonlah  hidayah dan kekuatan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengahrap kepada makhluk dan selain daripada Allah.

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( III )

4.  PASTI ADA HIKMAH

      Segala apa yang terjadi..samaada baik atau buruk..terjadi hanya keran izin dan kehendak Allah S.W.T. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
      Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit manapun derita yang kita tanggung , pasti ada kebaikkan yang terkandung di dalamnya jika kita hadapi dengan sabar dan redha.
      Cuba kita bermuhasabah diri kita.....kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita? Setidak-tidaknya ia adalah peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang telah kita lakukan.Atau mungkin Allah mahu mengangkat darjat dan kedudukan kita disisiNya....
      Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun..daris etiap ujian yang menimpa..sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah-laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang pernah kita lakukan . Yang penting kita mesti berazam bersungguh-sungguh untuk meperbaiki segala kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri....bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.....

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( II )

3.  INGAT JANJI ALLAH

      Meyakini bahawa hidup ini bagaikan siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus-menerus....dan tak mungkin juga malam terus-menerus...Pasti setiap kesenangan ada penghujungnya..begitulah masalah yang menimpa kita..pasti ada akhirnya...Kita harus sabar dan tabah menghadapinya.
      Ujian yang diturunkan Allah kepada kita ..pasti telah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu ..melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya...
      Ingatlah bahawa segala fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya kan menyulitkan dan mensengsarakan diri kita sahaja. Pujuklah hati agar tidak menekan diri sendiri ... Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang..tabah dan sabar.
      Kita harus berani menghadapi karenah masalah ..ujian demi ujian..kita tak boleh lari dari kenyataan..kerana ianya tak akan dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi malah turut menambahkan lagi masalah kita.
      Jadi..apa yang berlaku harus kita hadapi dengan baik..Kita tak boleh mudah menyerah..kita tak boleh menyerah kalah.....Seberat manpun ujian Allah kepada kita...ingatlah dan yakinlah dengan janji Allah...:  "Fa innama'al usri yusran..inna ma'al usri yusran.."Maka sesungguhnya kesulitan itu pasti ada kemudahan...dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan..

5 TIPS PENGUKUH JIWA ( I )

1.  DUNIA INI SEMENTARA..ALLAH JUA PENENTU SEGALANYA..
     Sentiasa menyedari bahawa hidup ini hanyalah sementara dan permainan sahaja . Kita hidup di dunia ini hanya sekali..maka dengan itu kita tidak boleh mensia-siakannya dengan dengansesuatu yang tidak bermakna.
    Ikhtiar desertai dengan niat yang sempurna ..itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi..kita sepatutnya menyerahkan kepada Dia Yang Maha Esa Lagi Maha Mengetahui agar menetukan yang terbaik buat kita. Kita juga harus sedar bahawa segala yang terbaik pada pandangan kita ..belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah S.W.T.
    Pengetahuan kita tentang diri kita mahupun tentang apapun jua...amatlah terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah S.W.T. mengatasi segala-galanya. 
    Ingatlah bahawa Allah S.W.T itu adalah Maha Adil Lagi Bijaksana.....

2.  REDHA

      Realiti hidup yang terjadi pada kita..kita harus terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani...Emosional..sakit hati..tertekan..ataupun apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi  kecewa dan sengsara..harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa..samaada kita kecewa atau tertekan atau tidak gembira..atau kita tidak tertekan dan gembira..ia tetap begitu jadinya....
      Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Pahit kita telan...manis pun kita telan.Nikmatilah pahit manis itu seadanya...

Jumaat, 7 Januari 2011

DIA CINTA PERTAMAKU......(KEKASIH ABADI DI HATIKU SELAMANYA..)


Dia cinta pertamaku....
Dia banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya
Aku mengerti apa sebenarnya kesabaran dalam kehidupan
Aku mengerti apa sebenarnya nilai kasih sayang dalam perhubungan
Aku tahu semuanya...hanya dari dia

Dia pasangan hidupku yang pertama
Dan ku berharap dia juga yang terakhir
Dia terlalu baik untukku...sanggup berkorban
segalanya demiku....

Aku dan dia menyelami percintaan
mengharungi segala rintangan
menanggung semua kebahgiaan dan kesedihan..bersama
namun.....
jarak memisahkan aku dan dia....
bak kata orang...cinta jarak jauh sememangnya
penuh dugaan dan rintihan

Tapi....
berbekalkan keyakinan...kesetiaan & kepercayaan
yang aku berikan terhadapnya....
aku percaya....
cinta kami tetap utuh..tetap mekar..tetap indah

Doaku cuma satu....
moga cinta ini kekal abadi selamanya..
kerana....

HANYA KAU YANG KU SAYANGI SELAMA-LAMANYA...

Selasa, 4 Januari 2011

11 TANDA KEBAHAGIAAN HIDUP....

Baca 11 tanda kebahagiaan hidup di bawah ini....dan nilailah diri kita dan hanya kita mempunyai jawapannya...

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia yang tak memberikan manfaat Akhirat dan suka pada urusan Akhirat.

2.  Sangat berminat membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah S.W.T.

3.  Tidak bercakap dengann perkara yang tidak memberikan faedah.

4.  Memelihara solat 5 waktu.

5.  Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6.  Bersahabat dengan mereka yang melakukan kebajikan.

7.  Merendah diri dan tidak takabbur.

8.  Bersifat dermawan dan bersifat mulia.

9.  Mempunyai sikap belas kasihan sesama makhluk Allah S.W.T.

10.  Membuat jasa dan bakti terhadap orang lain.

11.  Sentiasa mengingati MATI.......


TAHUN BARU....APAKAH ADA AZAM BARU BUATKU??


YA ALLAH ..YA TUHANKU
TAHUN BARU MENJELMA JUA..
AKU MERAPAT DAN MENADAH TANGANKU
KE HADRATMU YA ALLAH...
TANDA SYUKURKU..
KE ATAS PELUANG YANG KAU BERIKAN..
KE ATAS RAHMAT YANG KAU LIMPAHKAN
YANG MEMBAWA AKU MENEMPUH
TAHUN DEMI TAHUN..

YA ALLAH.. YA TUHANKU
AKU BERSUJUD KEPADAMU..
TANDAKU BERSYUKUR
TANDAKU BERTERIMAKASIH
PADAMU...YA ALLAH !!

YA ALLAH....
AKU MEMOHON PADAMU...
TERUS MEMBERIKU PELUANG
TERUSKAN MERAHMATI HIDUPKU
AGAR AKU
DAPAT MENGHAMBAKAN DIRI INI
UNTUKMU YA ALLAH !!

YA ALLAH....
APAKAH ADA PELUANG ITU BUATKU?
APAKAH ADA RAHMATMU BUATKU?

APAKAH ADA AZAM BARU BUATKU????